Ancaman bom di SMK St Michael

Ancaman bom di SMK St Michael

IPOH – Pihak sekolah SMK St. Michael, Ipoh, Perak menerima panggilan liar mengatakan ada bom dalam bangunan sekolah.

Pihak sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Ipoh, menerima satu panggilan palsu bahawa sebutir bom telah diletakkan di dalam kawasan sekolah.

Panggilan diterima  pada pukul 10.30 pagi dari seorang bekas murid yang menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk membalas dendam.

Berikutan itu, pihak sekolah telah mengarahkan kesemua murid sekolah  seramai 1500 orang berkumpul di padang sekolah.

Pihak polis, bomba dan pasukan bom tiba di sekolah pada lebih kurang 12.30  untuk mencari bom tersebut  mengesahkan bahawa panggilan tersebut tidak benar dan sekolah selamat digunakan.

Guru Besar Sekolah  SMK St. Michael enggan memberi sebarang komen.  Jabatan Pendidikan Negeri Perak juga tidak mengulas lanjut mengenai ancaman bom tersebut.

Shanmugam Govindasamy