Isu pembangunan di Green Cow, Cameron Highlands berlarutan

CAMERON HIGHLANDS – Garis sempadan dinaikkan berikutan kerja-kerja pengondolan tanah oleh pemaju LTT Development.

Tujuh keluarga dari Kea Farm, Green Cow, Cameron Highlands hari ini telah menaikkan garis penanda sempadan berikutan kerja-kerja pengondolan tanah oleh pemaju LTT Development Sdn Bhd.

Kerja pengondolan tanah tersebut telah menyebabkan hubungan kawasan perubahan dan kebun terputus.

Pemaju LTT Development Sdn Bhd bercadang untuk  membina enam blok kedai pejabat empat tingkat yang berjumlah 65 unit dengan 256 unit tempat letak kereta.

Menurut tujuh keluarga yang terbabit, kehidupan mereka bersama 35 orang ahli keluarga mereka terancam berikutan pembangunan ini dan isu ini yang telah diutarakan kepada pelbagai pihak tetapi tidak mendapat sebarang perhatian.

Bantahan dan protes telah dilakukan serta permintaan untuk campur tangan telah diajukan kepada Menteri Besar Pahang, Pejabat Daerah  dan Tanah Cameron, Majlis Daerah Cameron Highland (MDCH), Jabatan Kerja Raya(JKR), Jabatan Alam Sekitar dan kedua-dua pemaju semenjak Oktober 2011 lalu tetapi sehingga kini tiada satu keputusan muktamad diperolehi.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Penduduk Green Cow khuatir aktiviti pembangunan ini boleh menyebabkan insiden tanah runtuh, sebagaimana yang berlaku di Sungai Ruil pada Ogos 8, 2011 yang mengorbankan tujuh nyawa sekiranya tidak dipantau dan dirancang dengan hemat.

Wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) Suresh Kumar serta wakil penduduk iaitu S Nagarajan dan S Thanabalan  yang melakukan bantahan semasa kerja-kerja pengondolan tanah dilakukan oleh jentolak  pemaju pada 13 Oktober 2011  kini  menghadapi tuduhan di mahkamah Majistret Cameron Highland.

 

 

Rajeswari