Polis Kulim lancar kelab basikal

Polis Kulim lancar kelab basikal

Dalam usaha mendekatkan anggota dengan masyarakat, IPD Kulim melancarkan Kelab Berbasikal Polis Kulim yang boleh disertai orang awam.

Dalam usaha mendekatkan anggota dengan masyarakat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim melancarkan Kelab Berbasikal Polis Kulim yang boleh disertai orang awam.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan masyarakat tempatan pelbagai kaum termasuk pelajar dan penyertaan adalah percuma.

Bercakap kepada Bernama di sini, Ghuzlan berkata pihak kelab juga menawarkan pembelian basikal berkualiti dengan harga istimewa bagi orang awam yang menyertai kelab itu.

“Untuk anggota polis pula mereka boleh bayar secara ansuran atau melalui potongan gaji.

“Selain dapat beriadah bersama anggota kelab terdiri daripada masyarakat tempatan, mereka juga dapat bekerjasama dalam mencegah jenayah,” katanya.

Ghuzlan berkata setakat ini seramai 50 anggota polis telah mendaftar menjadi anggota kelab itu.

Orang awam yang berminat boleh hubungi ASP Rawi Ghani di talian 012-9607528 atau terus ke IPD berkenaan untuk keterangan lanjut, katanya.

– Bernama