Nazri: ISA hanya dimansuhkan selepas undang-undang baharu siap

Dua undang-undang baharu yang dicadangkan untuk keselamatan negara perlu berkuatkuasa terlebih dahulu sebelum Akta Keselamatan Dalam Ngeri (ISA) boleh dimansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan mahu mempastikan kedua-dua akta berkenaan siap sebelum ISA dimansuhkan.

Mohamed Nazri menegaskan tidak boleh ada ruang di antara mengenakan undang-undang baharu itu dengan memansuhkan ISA supaya tidak berlaku sebarang kerumitan termasuk perlunya membebaskan tahanan ISA.

Beliau memberitahu ini kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Perdana Menteri Najib Razak berkata baharu-baharu ini bahawa usul untuk memansuhkan ISA akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan Mac tahun
depan.

Najib hari ini membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933.

– Bernama