Inspektor bebas dari tuduhan rasuah

Inspektor bebas dari tuduhan rasuah

Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan seorang anggota polis berpangkat Inspektor, Azizah Othman, 45, yang dituduh menerima rasuah RM5,000 lima tahun lepas.

Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan seorang anggota polis berpangkat Inspektor, Azizah Othman, 45, yang dituduh menerima rasuah RM5,000 lima tahun lepas.

Hakim Ainul Shahrin Mohamed membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Azizah didakwa melakukan kesalahan itu di tingkat dua Balai Polis Bukit

Mertajam pada 16 Jun 2006 antara 6.20 petang hingga 6.30 petang, sebagai dorongan membebaskan Addi Putera Yaacoop daripada tuduhan rogol.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib manakala Azizah diwakili peguambela C.V. Prabhakaran.

Sementara itu, Azizah ketika ditemui selepas prosiding itu melahirkan rasa syukur dengan keputusan itu.

“Saya mengucapkan terima kepada ibu saya yang sering berdoa selama empat tahun ini dan peguam saya (Prabhakaran),” katanya.

– Bernama