Seramai 25 ahli majlis termasuk Datuk Bandar Ipoh telah mengangkat sumpah baru-baru ini di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh.
Majlis angkat sumpah ini telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak Sandrea Ng Shy Ching, dan Datuk Bandar Ipoh Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud.
Mereka telah disertai oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan pegawai MBI.
Para ahli majlis akan berkhidmat untuk tempoh satu tahun bermula dari 16 Februari 2023 sehingga 15 Februari 2024.
Majlis ini merupakan salah satu acara penting dalam kalendar Majlis Bandaraya Ipoh, yang menandakan permulaan tempoh baru bagi anggota Majlis untuk berkhidmat dan membantu memajukan bandaraya Ipoh.
Terdahulu, Majlis Bandaraya Ipoh telah meraikan Ahli Majlis MBI yang tamat perkhidmatan sebagai Ahli Majlis dalam Majlis Jasamu Dikenang di Casuarina@Meru Hotel.
Berikut adalah senarai nama ahli majlis Bandaraya Ipoh.
- Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud (Datuk Bandar)
- Basri bin Mohamad Nor
- Datuk Ahmad Hariri bin Haji Kamarudin
- Hajah Norul Huda binti Ahmad Nator
- Datuk Mazlan bin Abd Rahman
- Dato’ Haji Azizulkama bin Abd Aziz
- Wong Kar Keat
- Lee Tze Hoo
- Lam Yew Tect
- Lim Chee Aun
- Ahmad Fariq Walit bin Ahmad Puad
- Tan Seong Peng
- Ng Haen Vee
- Sivam a/l Kalimuthu
- Chen Jian Cong
- Tang Cheng Wei
- Lawrence a/l R. Palanisamy
- Norhayati binti Sani
- Ahmad Khair Faizal bin Yahaya
- Mohamed Helmi bin Mohamed Fuzi
- Zuraidah binti Zakaria
- Chung Cum Cheong
- Logiswary a/p Subramaniam
- Faidz bin Ismail
- Syamsul Effendey bin Abd Rahim