Skim Perumahan Rakyat Perda membawa perumahan mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) telah melancarkan skim perumahan kos rendah yang telah dijalankan sejak beberapa dekad yang lalu.

Rumah merupakan keperluan utama semua manusia untuk berteduh dari panas dan hujan. Oleh itu, masalah perumahan merupakan satu dari masalah yang terdapat di negara kita dan masalah ini paling dirasai terutamanya oleh golongan miskin di Pulau Pinang.

Perkara ini menjadi sesuatu hangat yang diperkatakan di Pilihanraya Negeri kali ini kerana harga rumah di Pulaui Pinang telah menjadi begitu tinggi sehinggakan ramai yang tidak mampu membeli rumah terutamanya golongan muda dan juga golongan miskin.

Menurut Pengurus Besar Perda, Tuan Haji Mohammad Asri bin Baharum, inisiatif di Perda adalah hasil daripada rasa tanggungjawab organisasi tersebut untuk menaikkan taraf sosio ekonomi masyarakat di Pulau Pinang.

Skim Perumahan Rakyat Perda

Urutan itu, untuk mengatasi masalah ini, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) telah melancarkan skim perumahan kos rendah yang telah dijalankan sejak beberapa dekad yang lalu.

Setakat ini PERDA telah menyiapkan 10,048 unit rumah dalam mana 5,395 terdiri dari rumah kos rendah dan paling terendah yang disasarkan kepada golongan miskin Pulau Pinang.

Perumahan agenda manifesto Pilihanraya Negeri

Dalam menghadapi Pilihanraya Negeri yang akan diadakan pada 12hb Ogos ini, kerajaan PH-BN Pulau Pinang telah melancarkan manifesto di mana di antaranya akan membina 100,000 rumah mampu milik yang berharga di antara RM 100,000 hingga RM 150,000 sementara 22,000 unit akan dijual secara sewa beli sebelum 2030.

Ini adalah untuk memberi peluang untuk golongan miskin memiliki rumah kerana mereka merupakan golongan yang paling terkesan dengan masalah ini. Skim perumahan mampu milik ini di panggil Skim Perumahan Rakyat atau SPR.

Skim Perumahan Rakyat Perda

Mohammad Nazreen bin Abd Rasid, Penolong Pengurus Pembangunan Kesejahteraan Masyarakat di Perda menerangkan bahawa tujuan utama mewujudkan skim ini ialah untuk memberi peluang pemilikan rumah kediaman kepada kumpulan yang kurang berkemampuan.

Skim ini juga mampu untuk mengurangkan kadar kemiskinan dengan pengurangan beban kos sara hidup kumpulan sasar yang berpendapatan rendah.serta mewujudkan taman perumahan yang lengkap dengan kemudahan asas dan selesa bagi pembentukan institusi kekeluargaan yang harmoni.

Perumahan Mampu Milik Perda

Terdapat tiga tempat yang telah diadakan projek ini iaitu SPR Taman Desa Rakyat Tasek Gelugor, SPR Taman Kuala Sungai Pinang dan SPR Taman Desa Ara. Perda telah merancang untuk memperkasakan lagi program SPR Perda dengan membina lebih banyak bilangan unit rumah di masa akan datang terutamanya melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dimana PERDA telah diluluskan sejumlah RM18.2 juta bagi Projek Perumahan Kesejahteraaan Rakyat (PPKR) Tok Alang Fasa ll.

Skim Perumahan Rakyat Perda

Kerja-kerja tanah di tapak sudah pun bermula dan projek ini dijangka siap pada tahun 2026. Lebih 300 ahli isi rumah dalam kategori berpendapatan rendah akan mendapat manfaat dari projek ini.

Menurut Norzimat Ismail seorang peniaga dibawah projek usahawan Perda mengatakan bahawa selain projek perumahan kos rendah ini, Perda juga banyak membantu usahawan kecil dengan mengadakan kursus pengurusan perniagaan dan pemberian dana perniagaan.

Beliau juga mengatakan bahawa kualiti rumah SPR ini adalah baik dan juga selesa. Beliau telah tinggal di sini sejak tujuh tahun yang lalu. Menurutnya lagi sewan di perumahan ini amat murah sekali sebanyak RM80 sebulan. Ia meningkat sebanyak RM20 setiap tiga tahun. Setelah 15 tahun mereka akan ditawarkan untuk memilikinya secara kekal.

Skim Perumahan Rakyat Perda

Nasib golongan berpendapatan rendah terbela

Maryam Ismail pula, seorang ibu tunggal mencurahkan rasa terima kasih pada pihak Perda kerana dapat memiliki rumah SPR ini. Sebelum ini beliau tidak mempunyai rumah dan menumpang di tanah orang.

Manakala Muhammad Izzairin Omar juga berterima kasih kepada pihak Perda kerana memilihnya untuk sebagai salah seorang pemilik rumah SPR. Beliau yang seorang OKU sebelum ini tinggal bersama ibu bapa beliau tidak pernah mengimpi untuk mempunyai kediaman beliau sendiri.

Abdul Rahim Shaari pula menyatakan bahawa beliau tidak menyangka bahawa beliau dapat peluang menghuni disini. Menurutnya kos rumah SPR ini dianggarkan sebanyak RM42 ribu seunit. Sekiranya di sewa, rumah seumpama ini berharga lebih kurang RM500 sebulan.

Skim Perumahan Rakyat Perda

Projek SPR ini amat memberi manfaat yang sangat bermakna kepada rakyat marhaen dan satu contoh yang baik dimana kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan perhatian terhadap kebajikan rakyat negeri itu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ini adalah Dato Ir Dr Shaik Hussein Mydin yang juga menjadi calon PH-BN di kawasan Sungai Dua N05. beliau yang lebih dikenali oleh masyarakat Sungai Dua sebagai Dato Shaik amat disenangi oleh mereka.

Menurut mereka beliau sentiasa cakna dengan sebarang masalah yang mereka utarakan dan selalunya tindakan segera akan diambil. Oleh kerana diantara manifesto PH-BN dalam PRN kali ini adalah untuk memperbanyakkan lagi skim seumpama ini beliau akan memainkan peranan yang amat penting dan merupakan salah seorang pemimpin utama negeri.

Avatar photo

Akmal Ariffin

Akmal is a former English teacher at a secondary school. Since his retirement, he has been enjoying writing. He also teaches English and plays his guitar whenever time permits.

Add comment