Penggiat pelancongan sertai program Cuti-Cuti Malaysia – Kuala Lumpur Explore Race

Tourism Malaysia telah menganjurkan Program Cuti-Cuti Malaysia – Kuala Lumpur Explore Race (CCMKLER) 2023 bagi meneruskan promosi dan merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik.

Cuti-Cuti Malaysia - Kuala Lumpur Explore Race 2023

Tourism Malaysia telah menganjurkan Program Cuti-Cuti Malaysia – Kuala Lumpur Explore Race (CCMKLER) 2023 bagi meneruskan promosi dan merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik. Usaha promosi kali ini melibatkan penyertaan seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada penggiat industri, media arus perdana dan baharu serta orang awam.

CCMKLER 2023 ini adalah dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Muzium Negara, Sogo KL, Ibis Kuala Lumpur City Centre, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan GMBB Mall.

CCMKLER 2023 merupakan salah satu inisiatif Tourism Malaysia dalam mempromosikan produk-produk pelancongan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur sebagai tarikan kepada para pelancong antarabangsa amnya dan pelancong domestik khususnya.

Cuti-Cuti Malaysia - Kuala Lumpur Explore Race 2023

Pelepasan para peserta mula di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur dan akan berhenti di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan di sekitar Kuala Lumpur seperti Muzium Negara, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, GMBB Mall dan Menara Kuala Lumpur.

See also  Sarawak Delta Geopark & Gawai package unveiled

Majlis pelepasan para peserta disempurnakan oleh Encik Azmi Abdullah, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar, Pengarah MaTiC. Manakala upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan juga dihadiri oleh Encik Mohamed Amin Yahya, Pengarah Kanan, Bahagian Domestik dan Acara, Tourism Malaysia.

Para peserta juga menjelajah ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dengan menjalankan aktiviti seperti photo hunting dan aktiviti yang berpandukan kepada klu-klu yang berbentuk think outside the box seperti siri popular Amazing Race.

Cuti-Cuti Malaysia - Kuala Lumpur Explore Race 2023

Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, penganjuran program seumpama ini dapat meningkatkan lagi semangat penggiat-penggiat industri tempatan untuk mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam mempromosi dan mempelbagaikan produk-produk pelancongan supaya mereka kekal unik, relevan dan berdaya saing.

See also  A taste of Malaysian breakfast culture at Singapore

“Selain itu juga, program Cuti-Cuti Malaysia Kuala Lumpur Explore Race 2023 ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara pemain industri dan juga media tempatan di kawasan Lembah Klang.”

“Pada tahun 2022, seramai 171 juta pelawat domestik telah direkodkan dengan peningkatan sebanyak 160.1 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu dengan 66 juta pelawat domestik. Ini telah menunjukkan bahawa para penggiat industri perlu bangkit dalam meningkatkan usaha bagi membolehkan industri pelancongan untuk pulih lebih awal, iaitu menjelang penghujung tahun 2023 atau awal tahun 2024.”

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].

Add comment