Arsenal vs Harimau Malaya: Polis nasihat guna pengangkutan awam

Arsenal vs Harimau Malaya: Polis nasihat guna pengangkutan awam

Polis trafik akan mengerahkan anggotanya untuk bertugas bagi menjamin kelancaran lalu lintas di Bukit Jalil sempena perlawanan persahabatan antara pasukan Arsenal menentang pasukan pilihan Malaysia malam ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata kira-kira 70 anggota trafik Kuala Lumpur akan mengawal lalu lintas mulai petang ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Semua jalan di sekitar Kompleks Bukit Jalil akan dikawal sehingga selesai perlawanan dan keadaan lalu lintas berjalan lancar, katanya hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai meletakkan kereta di kawasan ditetapkan dan jangan menghalang lalu lintas.

Sebaiknya peminat bola sepak menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Lebih 50,000 tiket perlawanan itu telah dijual setakat ini.

– Bernama