Hujan lebat akibatkan jambatan runtuh

Hujan lebat akibatkan jambatan runtuh

Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di Gua Musang runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat.

Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di Gua Musang runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat.

Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh.

“Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera.

“Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, ” katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Krakatau and Borneo haze squeeze Malaysian aviation

Turut melawat jambatan itu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff.

Pengerusi Tokong Pulai, Lew Kew Bee pula berkata, pihaknya mempertikai pembinaan jambatan gantung berkenaan yang bukan sahaja terlalu mahal tetapi dibuat secara mudah hingga terdedah kepada kejadian runtuh itu.

“Penduduk pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail bagi membincangkan perkara itu, tetapi dimaklumkan pembinaannya mengikut prosedur.

“Kita diberitahu struktur pembinaan ikut pakar yang pernah berbuat demikian dan dunia juga ikut cara berkenaan. Kini apa telah jadi apabila runtuh sebelum siap,” katanya.

— Bernama