Kesatuan hati boleh membawa kepada kemakmuran Malaysia

Perjuangan melawan pandemik telah membuktikan bahawa perpaduan dan kesatuan hati di kalangan rakyat Malaysia adalah sumber kekuatan yang luar biasa.

hari Malaysia

Usaha untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah ujar Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di dalam perutusan Hari Malaysia.

Dalam perutusan tersebut beliau menyatakan bahawa selepas kemerdekaan soalan-soalan besar dan penting menjadi wacana di kalangan para pejuang kemerdekaan dan pendiri persekutuan negara Malaysia ini.

Menurut beliau pembentukan sebuah negara bangsa yang moden bukan suatu yang mudah kerana ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan.

“Ada juga keputusan pahit yang perlu dilaksanakan sesuai dengan perubahan zaman yang menuntut kepada bentuk pentadbiran demokratik dan berperlembagaan yang baru.

“Begitu juga ketika itu cabaran geopolitik yang perlu dihadapi antaranya adalah ancaman komunis dalam iklim Perang Dingin, ketegangan Konfrontasi yang dilancar Sukarno, tuntutan Filipina terhadap Sabah dan juga penolakan dalam negeri sendiri terhadap penubuhan Malaysia.

See also  Happiness Mid-Autumn Charity Gala raises funds for children in need
hari Malaysia

“Peristiwa 13 Mei menjadi parut di dalam kehidupan bernegara ini. Namun banyak yang boleh kita pelajari daripada peristiwa tersebut dan bagaimana pemimpin terdahulu bertindak untuk menyelamatkan perpaduan rakyat dan juga persekutuan negara ini.

“Ikhtiar ke arah cita-cita tersebut masih lagi relevan sehingga ke hari ini. Jurang kemiskinan antara yang paling kaya dan yang miskin masih luas dan begitu juga kesenjangan pembangunan di antara bandar dan luar bandar masih wujud dan wajar untuk sungguh-sungguh ditangani.

“Cabaran akibat tragedi itu, sepertimana cabaran yang kita sendiri hadapi akibat COVID-19, pastilah sedikit sebanyak mencorak arah tuju negara yang kita cintai ini.

“Perjuangan melawan pandemik telah membuktikan bahawa perpaduan dan kesatuan hati di kalangan rakyat Malaysia adalah sumber kekuatan yang luar biasa. Kita boleh menarik nafas lega pada hari ini kerana keadaan hampir pulih seperti normal. Usaha untuk memulihkan ekonomi perlu digiatkan dengan lebih rancak.

See also  MBPP pushes Penang towards age-friendly state by 2028

“Kesatuan hati yang berjaya kita pupuk saat melawan pandemik boleh kita terjemahkan dalam pelbagai bidang kehidupan yang lain demi mencapai cita-cita seperti yang terkandung dalam objektif Rukun Negara iaitu sebuah masyarakat Malaysia yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

“Selamat Hari Malaysia saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada yang di Semenanjung mahu pun yang berada di Sabah dan Sarawak.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].