Projek Little India bakal siap ikut jadual

Projek Little India bakal siap ikut jadual

Kerja-kerja bagi projek tersebut kini sedang dilaksanakan dengan rancak sekali dijangka akan siap sepenuhnya sebelum 27 Oktober.

Projek Little India yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri India Manmohan Singh pada 27 Oktober ini dijangka siap seperti mana yang dijadualkan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk raja Nong Chik Zainal Abidin berkata, kerja-kerja bagi projek tersebut kini sedang dilaksanakan dengan rancak sekali dan beliau yakin ia akan siap sepenuhnya sebelum 27 Oktober.

“Saya nampak kerja-kerja semua mengikut jadual dan semua yang sepatutnya siap, sudah siap dan akan siap sebelum 27 Oktober ini.

“Sejak pelancaran projek sebelum ini, sehingga kini saya nampak perubahan yang begitu ketara dan sangat menarik, bukan hanya untuk orang tempatan tetapi juga untuk para pelancong, ia satu kebanggaan kepada negara khususnya kaum india,” katanya.

Menurutnya, semua yang terlibat dalam kerja-kerja projek tersebut perlu bekerja keras memastikan ia siap seperti yang dijadualkan.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

“Mereka mesti bekerja keras untuk memastikan projek ini siap seprti yang dijadualkan, tetapi saya sudah diberi jaminan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan saya yakin setakat ini MRCB tidak pernah mengecewakan kementerian.

“Projek ini bukan hanya untuk Perdana Menteri India, tetapi untuk seluruh masyarakat India yang akan meraikan Deepavali tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja di tapak projek Little India Brikfields di sini baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Wiayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar warga Brickfields dan pengguna kawasan tersebut bersabar dengan kesesakan yang berlaku semasa kerja-kerja sedang dijalankan.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

“Saya minta kepada warga Brickfields dan pengguna kawasan ini supaya bersabar untuk sementara waktu, memang pada masa ini ada kepadatan apatah lagi projek Little India berjalan pada waktu yang sama dengan Projek skim penyuraian trafik,” katanya.

Tambah beliau, kerja-kerja bagi penyuraian trafik tidak termasuk dalam jadual projek Little India dan akan siap pada pertengahan tahun hadapan.

“Perubahan yang akan dibuat akan memberi penambahbaikan kepada pengguna-pengguna dan proses tersebut akan ambil masa kerana untuk laksanakannya.

“Memang ada kerumitan khususnya kepada pengguna kerana kerja-kerja masih dibuat, tetapi apabila selesai nanti, saya rasa mereka akan nampak, kerana ada jalan yang dilebarkan dan ada penyuraian,” katanya.

SINAR HARIAN