TNB bangunkan sistem THySIS untuk lindungi hutan simpan

Tree Hyperspectral Identification System (THySIS) dibangunkan untuk menjadi sistem bagi mengesan spesis pokok terancam secara automatik.

Tree Hyperspectral Identification System (THySIS)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membangunkan sistem tersendiri, Tree Hyperspectral Identification System (THySIS), bagi memastikan pembinaan menara penghantarannya tidak menjejaskan spesis terancam sejajar komitmennya terhadap pengukuhan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

THySIS dibangunkan untuk menjadi sistem paling lengkap yang pertama seumpamanya di negara ini bagi mengesan spesis pokok terancam secara automatik dengan menggunakan teknik penderiaan jauh (remote sensing).

“Sistem THySIS ini akan membolehkan kami mengenal pasti flora dan fauna di kawasan terlibat sebelum mengemukakan cadangan laluan penghantaran, berbanding sebelum yang bergantung sepenuhya kepada maklumat pihak berkuasa hutan.

“Justeru sistem ini akan digunakan apabila Jabatan Perancangan Tanah di TNB mahu mengenal pasti laluan atau jajaran rentis TNB untuk kerja-kerja pembangunan menara talian penghantaran yang baru,” kata Ketua Pegawai Grid TNB, Ir. Dev Anandan.

See also  Heineken Malaysia wins big at ESG Positive Impact Awards
Tree Hyperspectral Identification System (THySIS)
Ketua Pegawai Grid TNB, Ir. Dev Anandan

Menurutnya, ia adalah satu daripada inisiatif Bahagian Grid TNB dalam mengukuhkan lagi komitmen syarikat utiliti elektrik nasional itu terhadap aspirasi ESG yang menjadi antara agenda terpenting dalam memperkuatkan dan mempercepat Peralihan Tenaga.

Bahkan, katanya, ia mendukung Pembangunan Mampan (Agenda 2030) dalam Rancangan Malaysia ke-12 berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mensasarkan kemakmuran dengan menyeimbangkan ekonomi, sosial dan alam sekeliling.

“Projek ini dijangka mampu membantu TNB dan negara memulihara hutan simpan dan tumbuhan unik khususnya menyelamatkan spesis terancam daripada mengalami kepupusan.”

Sistem THySIS beroperasi dengan menggunakan kaedah LIDAR (pengesanan dan julat cahaya-light detection and ranging) bersama kaedah hiperspektral yang dipasang pada drone (unmanned aerial vehicle). Kedua-dua sistem itu mengumpul data-data mengenai tumbuhan dan memetakannya dalam bank imej.

See also  A Greener Malaysia: Rethink e-waste strategies

Dev berkata, ini bermakna penggunaan THySIS membolehkan TNB mengesan lebih awal jenis- jenis tumbuhan di kawasan cadangan sekali gus dapat membuat pemilihan laluan bagi pembinaan menara dan talian penghantaran agar mengelak kawasan spesis pokok terancam.

“Jabatan Perancangan Tanah TNB akan cuba sedaya upaya mengelak daripada melalui laluan atau jajaran yang mempunyai spesis-spesis terancam. Jabatan Perhutanan dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengenalpasti 40 spesis pokok yang tidak boleh ditebang kerana mengalami kepupusan,” kata beliau.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].