OrphanCare mengurangkan pembuangan bayi

OrphanCare mengurangkan pembuangan bayi

OrphanCare merupakan pusat perlindungan bayi pertama sepertinya di Malaysia.

IMG_0011

Alkisah tinjauan Komunitikini ke Pusat OrphanCare yang menawarkan perkhidmatan perlindungan bayi, pertama kalinya di Malaysia baru-baru ini.

Kunjungan Komunitikini ke pusat tersebut untuk melihat perkhidmatan perlindungan bayi yang ditawarkankan di pusat tersebut.

Di luar pusat tersebut, terdapat satu bilik khas pembuangan bayi yang direka khas telah diubah suai untuk si ibu meletakkan bayi mereka.

Dalam bilik tersebut mempunyai satu tempat khas bayi, juga kelengkapan yang lengkap seperti penghawa dingin, lampu, cctv dan sensitiviti loceng penggera yang bersambung dengan pusat tersebut untuk memberi ‘signal’ ada bayi dimasukkan ke dalam bilik tersebut.IMG_0007

IMG_0008  2

Seterusnya, apabila bayi tersebut diletakkan, penggera itu akan berbunyi, lampu dan penghawa dingin akan automatik berfungsi untuk keselesaan bayi tersebut.

Manakala pula, si ibu yang tidak mahu dikenali tidak perlu risau kerana CCTV tersebut hanya untuk merakamkan keadaan bayi tersebut sahaja dan keselamatan bayi juga terjamin kerana pintu kotak bilik itu akan automatik terkunci apabila ianya ditutup.

IMG_0017

Menurut pentadbir OrphanCare, Jusmawar Che Sab, berkata pusat mereka “memfokuskan untuk selamatkan bayi dahulu agar dapat terus hidup di atas muka bumi ini.”

See also  Arabian Night: Sri KDU students shine in Aladdin Musical

OrphanCare tidak mengambil kira sebab bayi tersebut dibuang tetapi yang paling penting ialah untuk menyelamatkan satu nyawa yang tidak bersalah ini, tegasnya lagi.

Tambahnya lagi, pihak mereka bukan menggalakkan kes buang bayi sebagaimana disalah erti oleh beberapa pihak tetapi mengurangkan kes buang bayi ke tempat yang tidak sepatutnya.

Sekurang-kurangnya si ibu yang tidak mahukan anak itu, mereka tahu bahawa ada tempat yang menjamin keselamatan bayi tersebut bukannya mencampak anak mereka di merata-rata sehingga menjadi makanan binatang”, katanya dengan penuh perasaan.

Setakat ini, OrphanCare telah berjaya menyelamatkan enam kes iaitu si ibu tidak mahukan bayinya lagi dan tujuh kes anak yatim untuk menempatkan mereka ke dalam sebuah keluarga, ujarnya kepada Komunitikini.

Katanya lagi, pihak mereka telah bersiap sedia mempunyai senarai keluarga angkat yang telah berjaya dalam sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak mereka.

Sementara itu, surat keizinan pengangkatan diletakkan di luar bilik itu untuk si ibu yang mahu mengaku secara sah memberi keizinan pusat untuk pengangkatan bayi, hanya untuk kerelaan sahaja,”tambahnya lagi.

Prosesnya masih sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), malah prosesnya lebih cepat kerana OrphanCare sentiasa bersiap sedia dengan keluarga angkat dan mempunyai peguam daripada pusat mereka untuk mempercepatkan proses peliharaan tersebut.

See also  APU and apoQlar to transform XR healthcare education

Pemantauan yang berterusan untuk memastikan proses pengambilan anak angkat berjalan dengan lancar dan anak tersebut selamat di bawah keluarga tersebut.

Matlamat OrphanCare ingin mengubah pemikiran masyarakat di mana anak-anak yatim dan anak buang ini tidak semestinya perlu membesar di rumah anak yatim selama-lamanya, mereka berhak mendapat kasih sayang dalam sebuah keluarga.

Pusat Orphan Care ini merupakan salah sebuah pertubuhan amal yang mula beroperasi pada April 2008 di bawah naungan DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom.

Orphan Care ditubuhkan untuk memberi peluang kepada setiap anak yatim dan bayi yang ditinggalkan untuk merasai kehidupan di dalam sebuah keluarga.

Matlamat ini bersesuaian dengan cogan kata “Setiap kanak-kanak memerlukan keluarga”.

Difahamkan OrphanCare bekerjasama dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat untuk memudahkan lagi proses penyatuan bayi-bayi dan nak yatim kepada ibu angkat yang sesuai.

OrphanCare kini beroperasi di no 6, Lorong SS1/24A, Kg Tunku, Petaling Jaya, Selangor.