Keunikan alat muzik masyarakat Penan

ULU BARAM – Masyarakat Penan juga percaya bahawa peralatan ini dimainkan oleh gologan wanita semasa berpacaran.

Keunikan masyarakat Penan sememangnya teserlah melalui budaya seni warisan mereka. Kebudayaan Penan merupakan antara yang tertua di Borneo dan berusia lebih 40,000 tahun.

Peralatan muzik tradisional mereka juga memperlihatkan cara kehidupan mereka seperti “Keringot” iaitu seruling hidung, “Pagang” iaitu gitar buluh dan “Oreng” atau “Ilut” iaitu seruling mulut dan tangan. Rujukan muzik moden untuk instrumen ini adalah “jaw harp”

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Peralatan mereka sememangnya berbeza dengan kaum pribumi Borneo yang lain. Kebanyakannya diperbuat daripada bahan-bahan yang ringan yang boleh didapati dari hutan.

Salah satu peralatan yang istimewa dan selalu dimainkan oleh masyarakat Penan adalah “oreng”, yang dibuat dengan keratan cabang pokok sago yang dikenali oleh masyarakat Penan sebagai jaka.

See also  L. Shankar leads historic cross-cultural performance at reopened Istana Budaya
Pelbagai bentuk "oreng"

Instrumen ini kebiasaanya dimainkan oleh kaum wanita Penan untuk menyerlahkan perasaan gembira dan juga semasa kesedihan. “Oreng” juga dimainkan sekiranya ada tetamu datang ke kampung.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Oreng” adalah satu instrumen yang rumit dan lembut serta memerlukan kemahiran yang amat tinggi untuk dimainkan dengan menggunakan lidah dan mulut.

Pic bunyi “oreng” juga boleh ditukar dengan mengukirnya dengan pelbagai ketebalan.

"Oreng" yang dibuat dari batang sago

Menurut kepercayaan masyarakat Penan, “oreng” hanya boleh dimainkan oleh wanita dan sekiranya ia dimainkan oleh golongan lelaki, mereka boleh sesat di dalam hutan.

Masyarakat Penan juga percaya bahawa peralatan ini dimainkan oleh golongan wanita semasa berpacaran.

Kebudayaan Penan ini tidak begitu diketahui orang luar dan budaya ini terus tenggelam  berikutan pelbagai masalah yang mengancam mereka.

See also  GMBB celebrates Malaysian life through culture, stories and traditions

Majoriti anak-anak mereka seawal tujuh tahun terpaksa tinggal di asrama dan berjauhan daripada keluarga berbulan-bulan lamanya kerana kekurangan sekolah rendah yang berhampiran di perkampungan Penan.

 

Gayut Lim