Talian khas aduan sampah daerah Klang

Talian khas aduan sampah daerah Klang

Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menyediakan beberapa nombor telefon untuk memudahkan penduduk membuat aduan berkaitan sampah bermula minggu ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menyediakan beberapa nombor telefon untuk memudahkan penduduk membuat aduan berkaitan sampah bermula minggu ini.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, nombor itu meliputi dua kawasan iaitu Klang Utara dan Selatan serta lokasi sekitar bandar diraja itu nanti.

Menurutnya,majlis telah bersedia dari segi tenaga kerja termasuk kontraktor yang dilantik bagi memastikan kebersihan sentiasa terjamin khususnya di kawasan ini.

“Pengambilalihan daripada Alam Flora sejak Ahad lepas telah ditangani sebaik mungkin dan kita berharap orang ramai memanfaatkan nombor yang tertera bagi kemudahan mereka kelak.

“Selain daripada itu, kewujudan nombor itu juga akan membantu majlis untuk menyelesaian setiap aduan dalam tempoh enam jam seperti yang disasarkan sebelum ini,” katanya.

See also  Green Sprout Innovation Challenge winners showcase sustainable solutions

Ikhsan berkata,kerja-kerja pembersihan juga akan dibantu oleh pemimpin setempat melalui pemantauan bersama dan pelantikan individu serta ketua di taman perumahan juga mampu melicinkan lagi proses kutipan kelak.

Menurutnya,majlis menyediakan dua talian aduan iaitu Talian Aduan Sampah di Klang Utara, penduduk bolehlah menghubungi 016-2720406 (Kamachy) dan di Klang Selatan pula orang ramai terus sahaja mendail 016-2506796 (Razif).

“Sementara itu,bagi Talian Aduan Pembersihan, penduduk diminta menghubungi 019-2245387 (Klang Utara) dan 016-3824471 (Klang Selatan) serta pejabat 03-33726781,” katanya.